Isnin, 26 Oktober 2009

Warong Klasik..





WARONG KLASIK

Kali ni aku nak cite skit pasal perjalanan aku minggu lepas @ Pontian Johor.Cite pasal Warong yang aku lepak.Tempat ni memang best, rileks & santai..Nama warong ni Warong Klasik, terletak betul-betul belakang Majlis Daerah Pontian.Deco tempat ni memang klasik.

Tema klasik dengan pameran koleksi barang-barang antik. Ade gambo P Ramlee, gambar-gambar Sultan negeri Johor dan beberape gambar lagi termasuk surat-surat lama. Selain dari tu ade la vespa,koleksi-koleksi coke, jam antik, telefon,mesin kira,radio,pemain piring hitam dan bermacam-macam lagi la termasuk kerusi meja. Masakan kat warong ni pun boleh tahan.

Walau pun tak ade menu yang gempak-gempak macam western food, tapi bagi aku menu kat warong ni dah cukup untuk pelanggan berpuas hati...Ok, setakat ni yang aku dapat cite kan.Kalau nak dgr lagu-lagu piring hitam, boleh la lepak kat Warong Klasik..Memang Klasik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan